Boyz 'R' Us


Kumpulan Boyz 'R' Us merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia.[1] Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan Boyz 'R' Us menghasilkan konsep muzik sebagaimana yang dipopularkan oleh kumpulan popular barat, Backstreet Boys, N' Sync, Five dan beberapa kumpulan lain berkonsepkan muzik tarian tetapi dengan citarasanya masih mempunyai elemen kemelayuan.Kumpulan Boyz 'R' Us diuruskan oleh syarikat Ziman Records dan menerbitkan album sulung mereka, pada 2000.